Fungsi

3 FUNGSI UTAMA IAITU :

Sebelum Kursus

  • Memohon senarai Calon Peserta Kursus

Mengeluarkan surat edaran kepada Negeri/Balai mohon pencalonan peserta kursus. Membuat pengesahan penerimaan surat pencalonan nama peserta kursus dalam masa ditetapkan selepas surat diedarkan dan direkodkan.

  • Terima Senarai Calon Peserta Kursus

Terima senarai calon peserta kursus dari negeri-negeri/balai dalam masa ditetapkan dari tarikh pengesahan penerimaan surat yang telah diedarkan.

  • Pemilihan dan Penetapan Peserta Kursus

Pilih dan tetapkan nama calon dalam masa ditetapkan dari tarikh penerimaan senarai calon-calon.

  • Surat Panggilan Kursus

Surat Panggilan Kursus diedarkan ke negeri-negeri/zon/balai dalam masa ditetapkan sebelum kursus bermula.

 

Selepas Kursus

  • Laporan Kursus

Serahkan Laporan Kursus dalam masa ditetapkan selepas tarikh tamat kursus kepada HEP bersama-sama dengan maklumat berkaitan.

  • Permohonan Pengeluaran Sijil

Serahkan permohonan pengeluaran sijil dalam tempoh ditetapkan selepas tarikh tamat kursus kepada unit HEP bersama-sama dengan maklumat berkaitan.

Rekod pengeluaran sijil kepada semua peserta kursus seperti berikut:

TAHUN JUMLAH
2006 8,211 Keping
2007 8,219 Keping
  • Rekod

Rekodkan maklumat kursus dalam Buku Rekod Kursus.

 

Tugas Utama

Tugas-tugas Unit Hal Ehwal Pelatih seperti berikut:

  • Memohon pencalonan peserta kursus dari negeri-negeri.
  • Memilih dan menetapkan peserta kursus.
  • Mengedarkan surat panggilan kursus ke negeri-negeri.
  • Membuat permohonan penyediaan keperluan bagi pelaksanaan kursus.
  • Merekod maklumat kursus dalam Buku Rekod Kursus.
  • Menerima permohonan pengeluaran sijil dari Penyelaras Kursus.
  • Menghantar permohonan sijil ke Unit ICT.
  • Menerima sijil yang siap dicetak dan tandatangani untuk edaran.
  • Mengedar sijil-sijil dan Slip Akuan Penerimaan Sijil ke ke negeri-negeri.
  • Merekod dalam Buku Penerimaan dan Penghantaran sijil.
  • Mengawalselia Bilik-bilik Kuliah.
  • Menyimpan maklumat pegawai di dalam data PERMIS

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA