Pertandingan Kawad Kecekapan Operasi Kebombaan Peringkat Kebangsaan merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh setiap warga bomba diseluruh negara. Acara yang akan menguji tahap kecekalan, kecekapan, fizikal dan mental peserta oleh setiap peserta melibatkan 9 acara dipertandingkan. Pada tahun ini, sekali lagi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Terengganu dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan pertandingan ini. Semoga peserta-peserta bertanding akan menunjukkan semangat yang jitu demi memartabatkan operasi kebombaan ke peringkat yang lebih tinggi. "Training Towards Excellence"

  


Pada 27 Ogos 2014 FRAM Wakaf Tapai telah menerima kunjungan Lawatan dari Delegasi Jakarta, Indonesia Fire and Disaster Management Department. Tujuan lawatan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan kerjasama diantara dua Negara khusunya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai sebuah Institusi Awam (ILA) serta meninjau fasiliti yang terdapat di FRAM Wakaf Tapai.

Kunjungan ini diketuai oleh Peter Placidus S.Petrus Ketua dewan Pembina, Indonesia Fire & Rescue Foundation (IFRF).
Taklimat ini disampaikan oleh YS Pen. Ketua Pengarah Bhg. Latihan JBPM PKPjB Mohammad Hamdan Hj Wahid, turut hadir
bersama PKPjB Ahmad Izram, Komandan FRAM Wakaf Tapai PPjB Abdul Razak Muda, Ketua-ketua Pengajian FRAM Wakaf Tapai.


  • Menyemak senarai kursus –kursus yang diberikan oleh pusat-pusat pengajian.
  • Menyemak pencalonan nama peserta kursus dari JBPM negeri.
  • Menyemak laporan kursus dan permohonan sijil yang dihantar oleh penyelaras kursus.
  • Menyemak rekod penghantaran sijil ke JBPM negeri.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA