Lawatan Delegasi Jakarta Fire and Disaster Management Department

Pada 27 Ogos 2014 FRAM Wakaf Tapai telah menerima kunjungan Lawatan dari Delegasi Jakarta, Indonesia Fire and Disaster Management Department. Tujuan lawatan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan kerjasama diantara dua Negara khusunya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai sebuah Institusi Awam (ILA) serta meninjau fasiliti yang terdapat di FRAM Wakaf Tapai.

Kunjungan ini diketuai oleh Peter Placidus S.Petrus Ketua dewan Pembina, Indonesia Fire & Rescue Foundation (IFRF).
Taklimat ini disampaikan oleh YS Pen. Ketua Pengarah Bhg. Latihan JBPM PKPjB Mohammad Hamdan Hj Wahid, turut hadir
bersama PKPjB Ahmad Izram, Komandan FRAM Wakaf Tapai PPjB Abdul Razak Muda, Ketua-ketua Pengajian FRAM Wakaf Tapai.


Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA