• Matlamat Cawangan Logistik ialah menyokong bagi mencapai visi dan misi Akademi iaitu dengan memberikan khidmat latihan kebombaan ke arah bertaraf Antarabangsa. Oleh itu Cawangan Logistik ini dalam menghasilkan produk yang berkualiti, maka pencapaian visi dan misi Jabatan akan terlaksana.

Cawangan Logistik Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Ipoh, baru diwujudkan oleh kerana perubahan terkini selaras dengan pertukaran nama yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Ipoh, Perak. Dengan wujudnya Cawangan Logistik ini diharapkan dapat membantu pentadbiran Akademi dalam menyelaraskan program-program yang dilaksanakan.


  • Merekodkan, menyimpan dan menyelenggaraan segala asset jabatan yang berada di FRAM Ipoh bagi mengekalkan semua peralatan berada dalam keadaan baik.
  • Perancangan berjadual dilakukan dalam membuat penyelenggaraan peralatan FRAM Ipoh.
  • Cawangan ini juga memberikan khidmat bantuan dalam keperluan peralatan latihan.
  • Cawangan ini juga membantu membuat persiapan krusus sebelum, semasa dan selepas sesuatu krusus yang dilaksanakan.
  • Bertanggungjawab memrancang dan melaksana latihan kawad kaki, latihan jasmani dan kawad operasi bagi kursus-kursus di akademi.

Copyright © 2017 A.B.P.M - AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA