MODUL KAWAD KAKI
PENGENALAN
Modul kawad kaki ini direkabentuk sebagai panduan dalam mengendalikan latihan kepada pelatih bagi menjaga dan memahami ciri-ciri disiplin sebagai seorang pegawai bomba. Kandungan modul ini adalah menepati kehendak dan objektif asas dalam membentuk disiplin pegawai bomba. Jabatan telah merangka dan mengambil kira pelbagai aspek dalam membangunkan modul kawad kaki yang lengkap dan menepati kehendak dan keperluan pengoperasian di balai. Penerapan disiplin mestilah dilaksanakan dengan cekap dan tersusun mengikut prosedur-prosedur yang betul dalam usaha mencapai visi dan misi iaitu Menjadi Sebuah Organisasi Kebombaan dan Penyelamatan Yang Bertaraf Antarabangsa.
OBJEKTIF KURSUS
Beberapa objektif telah pun dirancang bagi mencapai sasaran yang diperlukan didalam memberi pengetahuan serta kefahaman tentang kawad kaki: 1. Memberi sifat kepimpinan yang tinggi kepada anggota dalam jabatan. 2. Menjadi seorang anggota yang mempunyai perwatakan diri yang tinggi serta dihormati. 3. Menjadi seorang anggota yang mempercayai diri sendiri dan bertatatertib pada setiap masa. 4. Membentuk dan meningkatkan disiplin dikalangan anggota. 5. Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikan hal-hal berkaitan kawad kaki dan pengurusan perbarisan.
METODOLOGI KURSUS
Latihan ini akan dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah yang melibatkan teori, praktikal dan simulasi dengan menggunakan teknik syarahan, perbincangan, gerak kerja berkumpulan, amali dan soal jawab. Kaedah latihan dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu teori dan amali merangkumi: 3.1 Teori – 5% 3.2 Amali – 95% Semua peserta di WAJIBKAN mengikuti kedua-dua kaedah latihan. Peserta akan dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil supaya dapat memahami pembelajaran dengan lebih terperinci dan berkesan.
KUMPULAN SASAR
Pegawai Bomba lantikan terus Gred KB41,KB29 dan KB19