Penubuhan Latihan Kebombaan bermula pada tahun 1940, secara formal ditubuhkan di bawah pemerintah ‘British Military Administration (BMA)’ di Pulau Pinang di bawah kawalan ‘A.J.. Brown dengan keanggotaan seramai 150 orang. Pada tahun 1952 aspek latihan kebombaan digubal oleh ‘Jemaah Pemeriksa Perkhidmatan Bomba’ untuk penyelarasan seluruh negara.
Pusat Latihan Bomba yang pertama telah didirikan di Gombak, Selangor pada tahun 1957. Di kenali sebagai Sekolah Latihan Bomba Malayan Union. Komandan pusat latihan ketika itu ialah Lt. Col. Watkins. Ketika itu Pusat Latihan Bomba di bawah pentadbiran ‘Fire Services Inspectorate Panels’, yang berfungsi untuk memberi latihan kebombaan kepada anggota bomba dari jabatan bomba negeri, tentera dan penjawat awam.
Oleh kerana berlakunya perkembangan dan penambahan anggota-anggota dan pegawai-pegawai bomba, dengan itu bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran maka dalam tahun 1972 sebuah Pusat Latihan Bomba yang baru dibina di Kuala Kubu Bharu di atas sebidang tanah seluas 12 ekar dikenali sebagai Pusat Latihan Bomba, Malaysia Kuala kubu Bharu.
Hasil dari perubahan dan perkembangan yang seiring keatas Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di seluruh dunia, maka Kerajaan Malaysia telah meluluskan sebuah pembinaan Akademi Bomba dan Penyelamat, Malaysia, di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu sebagai yang terbaik dan terbesar di Asia meliputi:
- Keluasan tapak : 350 ekar (144 hektar)
- Kemudahan pentadbiran, akademik, penginapan pelatih, perumahan kakitangan, sukan dan rekreasi
- Kemudahan asrama, dewan makan dan masjid untuk 1,000 pelatih pada satu masa
- Kemudahan latihan dan simulasi kebombaan dan menyelamat seluas 250 ekar