Pengurusan Kebombaan

Pengenalan

Pengajian Penyelamatan, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai diwujudkan bagi memantapkan pelaksanaan kursus-kursus yang berkaitan dengan Operasi Penyelamatan.Bagi merealisasikan Objektif Jabatan, Pengajian Penyelamatan bersedia dan bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat-maklumat Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan.Ini dapat memenuhi hasrat Jabatan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan cekap dan profesional selaras dengan Misi dan Visi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Fungsi

Fungsi utama Pengajian Pengurusan Kebombaan ialah melaksanakan modul-modul pengurusan kebombaan yang merangkumi pengurusan dan pentadbiran organisasi, sistem kualiti pengurusan, motivasi dan sahsiah diri dengan matlamat melahirkan pegawai-pegawai Bomba yang berpengetahuan, berkemahiran, kompeten, berintegriti, professional sejajar dengan misi dan visi Jabatan.
Image

Matlamat

Melahirkan Pegawai Bomba yang professional, cekap, berpengetahuan, berdisplin serta sentiasa berusaha kearah mewujudkan satu organisasi kebombaan dan penyelamatan yang ‘world class’ sebagai teras kecemerlangan Jabatan. Pengajian Pemadaman sentiasa berusaha membentuk keunggulan Jabatan dengan melengkapkan pegawai-pegawainya dengan sikap (attitude), kemahiran (skill) dan pengetahuan (knowledge) yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan pemadaman melalui program –program latihan yang berterusan serta terancang dengan matlamat melahirkan personel yang berintegriti dan kompeten terhadap tanggungjawab pelaksanaan tugas yang bersesuaian dengan pangkat dan jawatan menerusi penggunaan sumber yang berkesan dan berteknologi.