Image

1. Pegawai SHO

i)       Peranan

·      Memantau pelaksanaan Jawatankuasa Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan ABPM Wilayah Tengah.

·      Menyiasat apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan di ABPM Wilayah Tengah bersama Biro Penguatkuasaan.

·      Melapor apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan di ABPM Wilayah Tengah kepada Pengerusi JKKP Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Tengah.

·      Mengusulkan cadangan program berserta bajet yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kepada Pengerusi JKKP Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Tengah.

·      Sentiasa memastikan budaya kerja selamat dan sihat di ABPM Wilayah Tengah sejajar dengan perkembangan semasa.

Image
Image