Pada 27 Februari 2025, 𝘓𝘢𝘳𝘨𝘦-𝘚𝘤𝘢𝘭𝘦 𝘌𝘭𝘦𝘤𝘵𝘳𝘪𝘤 𝘝𝘦𝘩𝘪𝘤𝘭𝘦 (𝘌𝘝) 𝘛𝘩𝘦𝘳𝘮𝘢𝘭 𝘙𝘶𝘯𝘢𝘸𝘢𝘺 𝘙𝘦𝘴𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘛𝘦𝘴𝘵 ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Shell International B.V., PORSCHE Malaysia, SIRIM, Universiti Putra Malaysia dan Jabatan Kimia telah diadakan Akademi Bomba dan Penyelamat malaysia Wilayah Timur.
Kajian ini bertujuan untuk mempertingkatkan kefahaman tentang 𝘦𝘧𝘧𝘦𝘤𝘵 𝘵𝘩𝘦𝘳𝘮𝘢𝘭 𝘳𝘶𝘯𝘢𝘸𝘢𝘺 𝘧𝘪𝘳𝘦 𝘣𝘦𝘩𝘢𝘷𝘪𝘰𝘳, bateri litium dan corak kebakaran yang akan terjadi. Analisa daripada kajian ini dapat digunakan untuk mewujudkan rangka kerja komprehensif bagi memantapkan 𝘧𝘪𝘳𝘦 𝘧𝘪𝘨𝘩𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘵𝘳𝘢𝘵𝘦𝘨𝘪𝘦𝘴 , meningkatkan pemahaman tentang keselamatan bateri EV serta memperkukuh langkah-langkah kawalan dan tindak balas kecemasan bagi mengurangkan risiko kebakaran berkaitan Kenderaan Elektrik.
Terima Kasih kepada YS TPjB Nordin bin Pauzi, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kerana merasmikan simulasi ujian ini. Turut Hadir, PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima @ Zainuddin, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur dan juga Pegawai-pegawai kanan jabatan.
"Latihan Ke Arah Kecemerlangan"