MAJLIS PEMAKAIAN TANDA PANGKAT DAN AMANAT DARI KOMANDAN AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH TIMUR

11 November 2026 | Dewan Cenderawasih – Telah berlangsung Majlis Pemakaian Tanda Pangkat dan Perhimpunan Warga Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Timur yang disempurnakan oleh Komandan Akademi, YBhg PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima @ Zainuddin. Turut hadir ialah Timbalan Komandan, PKB I Hj. Mohd Khairiri bin Mat Resad @ Arshad, wakil BBP Wakaf Tapai serta seluruh warga akademi.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menyumbang secara cemerlang kepada jabatan.

Dalam amanatnya, Komandan menegaskan enam perkara utama iaitu pemerkasaan disiplin, menghormati pegawai lebih kanan, ketepatan masa, kepatuhan arahan, kesungguhan bertugas termasuk kecergasan fizikal, serta peningkatan profesionalisme jurulatih. Beliau turut menyeru warga akademi bergandingan bahu merealisasikan hala tuju ABPM Wilayah Timur sebagai Centre of Excellence menerusi pelaksanaan 14 fungsi utama Institut Latihan Awam (ILA).

PENGUJIAN DAN PEMERIKSAAN LOGISTIK OPERASI BANJIR SEMPENA MONSUN TIMUR LAUT (MTL)

31 OKTOBER 2026 - Telah dilaksanakan Pengujian dan Pemeriksaan Logistik Operasi Banjir di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Pemeriksaan ini bertujuan memastikan semua peralatan, aset dan kelengkapan logistik berada dalam keadaan baik, berfungsi serta siap siaga untuk digunakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan operasi menyelamat dan bantuan banjir.
Langkah persediaan awal ini penting bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan operasi demi keselamatan masyarakat.

MAJLIS PERASMIAN KURSUS PENYIASATAN KEBAKARAN

26 OKTOBER 2026 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Kursus Penyiasatan Kebakaran (GTF 306/3), Semester 1, Sesi Akademik 2026/2027, Universiti Sains Malaysia (USM) bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Marang, Terengganu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Hj. Nordin bin Pauzi, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Kursus ini disertai seramai 35 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) bagi memperkukuh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penyiasatan kebakaran.
Turut hadir ialah YS PKPjB ChM Hj. Azlimin bin Mat Noor, Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YBrs. Profesor Dr. Wan Rosli bin Wan Ishak, Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima @ Zainuddin, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur serta YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Fahmi Lim Abdullah, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.
Semoga kursus ini dapat memberikan manfaat kepada para pelajar serta meningkatkan pemahaman mereka dalam bidang penyiasatan kebakaran.