Kejohanan Sukan Pelatih KSSK Siri 2/2024 telah berlangsung selama 3 hari iaitu 6,7 dan 8 Februari 2025 dengan tujuan memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan kemecerlangan melalui aktiviti sukan di kalangan pelatih KSSK Siri 2/2024. Diantara Sukan yang dipertandingkan adalah badminton, sepak takraw, bola tampar dan bola jaring dan tendangan penalti. Kejohanan ini disertai oleh seramai 205 orang pelatih KSSK Siri 2 2024
Majlis Perasmian diadakan pada 7 Februari dan telah disempurnakan oleh YBrs. PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima@Zainuddin, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur. Turut hadir, Ketua-ketua Pengajian, Penyelaras Kursus, Pegawai-pegawai kanan dan jurulatih akademi.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang menjayakan kejohanan kali ini dan terima kasih kepada semua Pegawai dan Jurulatih yang terlibat.
"Latihan Ke Arah Kecemerlangan"