ABPM Wilayah Sabah, 05 Feb 2024. ABPM Wilayah Sabah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Bilik Kawalan. Kursus ini pertama kalinya dilaksanakan pada tahun ini. telah disertai oleh 27 orang anggota dari seluruh balai bomba dan penyelamat sabah dan wilayah persekutuan labuan.
Penceramah telah menerangkan kepada semua peserta kursus tentang tatacara mengendalikan panggilan kecemasan 999, tatacara sistem Lite CAD MERS 999, memberi penerangan tentang prosedur dan tatacara yang betul semasa bertugas di Bilik Kawalan serta penggunaan alat Komunikasi GIRN dengan betul.
Penyelaras kursus : PTB Balasius bin Ampun
Penolong Penyelaras : PB Eldrena binti Johny.