UJIAN KECERGASAN BOMBA ABPM WILAYAH SABAH

07 FEB 2024, ABPM WILAYAH SABAH - Selaras dengan arahan daripada pengurusan tertinggi jabatan untuk melaksanakan Ujian Kecergasan Jabatan(UKB). ABPM Wilayah Sabah telah melaksanakan UKB ini bertempat di Dewan Kinabalu dan Padan Kawad . Ujian ini teleh diketuai oleh Komandan bersama Pegawai Kanan dan Anggota kerja yang lain.

Selain itu, 07 Februari telah dilancarkan program Trim& Fit Challenge yang menjadi program inisiatif tambahan untuk memastikan BMI kakitangan semua dalam keadaan terkawal yang dikendalikan oleh Physical Training Instructor(PTI) akademi.

 

*untuk maklumat lanjut boleh melayari laman rasmi Facebook ABPM WIlayah Sabah

LAMAN RASMI FACEBOOK AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH SABAH

Kursus Pengurusan Bilik Kawalan

ABPM Wilayah Sabah, 05 Feb 2024. ABPM Wilayah Sabah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Bilik Kawalan. Kursus ini pertama kalinya dilaksanakan pada tahun ini. telah disertai oleh 27 orang anggota dari seluruh balai bomba dan penyelamat sabah dan wilayah persekutuan labuan. 

Penceramah telah menerangkan kepada semua peserta kursus tentang tatacara mengendalikan panggilan kecemasan 999, tatacara sistem Lite CAD MERS 999, memberi penerangan tentang prosedur dan tatacara yang betul semasa bertugas di Bilik Kawalan serta penggunaan alat Komunikasi GIRN dengan betul.

Penyelaras kursus : PTB Balasius bin Ampun

Penolong Penyelaras : PB Eldrena binti Johny.

 

 

Kursus Pengendalian Haiwan Berbisa

ABPM Wilayah Sabah, 29 Jan 2024. ABPM Wilayah Sabah telah menganjurkan Kursus Pengendalian Haiwan Berbisa yang bertempat di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sabah. Kursus ini di anjurkan selama 5 hari bermula 29 Januari hingga 02 Februari 2024 yang melibatkan 30 orang peserta dari anggot-anggota balai dari seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kursus ini menampilkan tenaga pengajar daripada ABPM Wilayah Timur. 

Demonstrasi secara fizikal cara mengendalikan haiwan berbisa terutamanya Ular adalah fokus utama dalam penganjuran kursus ini.

 

Penyelaras Kursus : PKPgB Syahrumie bin Alidinsah

Penolong Penyelaras : PB Ruslan Bin Jeffery

 

*untuk maklumat lanjut boleh melayari laman rasmi Facebook ABPM WIlayah Sabah

LAMAN RASMI FACEBOOK AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH SABAH