4 Jun 2024, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Jabatan Bomba Berprestasi Tinggi "Cepat dan Mesra" dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya dapat kami di Akademi meneruskan agenda latihan kebombaan yang telah diamanahkan oleh Jabatan.

 Tanggal 4 Jun 2024 Akademi ini sekali lagi diberikan kepercayaan dan harapan bagi meneruskan latihan ke arah kecemerlangan yang mana telah menerima Pelatih Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2024 bagi tahun ini.

Seramai 208/214 orang individu terpilih telah hadir ke Akademi ini bagi menjalani latihan asas kebombaan dalam tempoh jangka masa 4 1/2 bulan yang dijangka tamat latihan pada Bulan November 2024. Pecahan pelatih yang telah melapor diri adalah seperti berikut:

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia - 189/194 orang

Bomba Agensi - 19/20 orang
- Northport - 9 orang
- Kuantan Port - 7 orang
- Rosmawati Service Sdn. Bhd (Sarawak) - 3 orang

Lelaki - 191/195
Wanita - 17/19

Jumlah Keseluruhan - 208/214 orang pelatih

Senarai Agihan Platun
1. Alfa 1 - 29/30
2. Alfa 2 - 30/30
3. Bravo 1 - 30/31
4. Bravo 2 - 30/31
5. Charlie 1 - 30/31
6. Charlie 2 - 29/31
7. Delta 1 - 30/30

Semoga dengan semangat dan azam yang tinggi Akademi akan merealisasikan hasrat Jabatan dalam  melahirkan generasi legasi wira merah yang lebih jitu.

"LATIHAN KE ARAH KECEMERLANGAN"