11 Mac 2026 - Persatuan Sukan dan Kebajikan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Tahun 1447H peringkat Akademi dalam suasana penuh kemeriahan dan ukhwah Ramadan.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat ADUN Pengkalan Berangan, YB Ustaz Haji Sulaiman bin Sulong yang sudi meluangkan masa bersama warga akademi.
Semoga program seperti ini terus mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuhkan hubungan sesama warga Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha dan sumbangan mendapat keberkatan.