11 November 2026 | Dewan Cenderawasih – Telah berlangsung Majlis Pemakaian Tanda Pangkat dan Perhimpunan Warga Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Timur yang disempurnakan oleh Komandan Akademi, YBhg PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima @ Zainuddin. Turut hadir ialah Timbalan Komandan, PKB I Hj. Mohd Khairiri bin Mat Resad @ Arshad, wakil BBP Wakaf Tapai serta seluruh warga akademi.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menyumbang secara cemerlang kepada jabatan.
Dalam amanatnya, Komandan menegaskan enam perkara utama iaitu pemerkasaan disiplin, menghormati pegawai lebih kanan, ketepatan masa, kepatuhan arahan, kesungguhan bertugas termasuk kecergasan fizikal, serta peningkatan profesionalisme jurulatih. Beliau turut menyeru warga akademi bergandingan bahu merealisasikan hala tuju ABPM Wilayah Timur sebagai Centre of Excellence menerusi pelaksanaan 14 fungsi utama Institut Latihan Awam (ILA).