ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. SALAM JABATAN BOMBA BERPRESTASI TINGGI 'CEPAT DAN MESRA' DAN SALAM MALAYSIA MADANI.

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS KEBOMBAAN AIRPORT FIRE RESCUE SERVICE (AFRS) MALAYSIA AIRPORT HOLDING BERHAD (MAHB) SIRI 1 TAHUN 2023

Tarikh: 31 Oktober 2023 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Wilayah Timur

Majlis Penutupan Kursus Asas Kebombaan Airport Fire Rescue Service (AFRS) telah disempurnakan oleh YS PKPjB Dato' Hj. Norazam bin Khamis (Pengarah Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) Turut hadir adalah PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima @ Zainuddin (Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia

Wilayah Timur), Tuan Hj. Muhammad Hidayat bin Ismail, (Pengurus Besar, Airport Fire and Rescue Service (AFRS), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)), Ketua-Ketua Pengajian, Ketua-Ketua Cawangan dan Unit, Pegawai-Pegawai Kanan daripada Akademi dan AFRS, Jurulatih Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, serta Para Pelatih Airport Fire and Rescue Service (AFRS) Siri 1/2023. Kursus ini dilaksanakan selama 92 hari bermula pada 1 Ogos 2023 dan berakhir pada 31 Oktober 2023, dimana seramai 55 orang peserta terdiri daripada 10 orang dari Semenanjung dan 45 orang dari Borneo.

Modul pembelajaran yang telah dilalui oleh para pelatih adalah seperti Modul Kawad Kaki, Kawad Operasi, Peralatan Pemadaman, Alat Pernafasan, Asas Pertolongan Cemas, RTA, Asas HAZMAT, Asas Penyelamatan Aras Tinggi, Asas Keselamatan Kebakaran, Asas Penyelamatan di Air, Pengurusan Kebombaan dan yang terakhir adalah Pemadaman Kebakaran.

Semoga ilmu asas yang diperolehi akan di manfaatkan sebaik mungkin apabila bertugas di tempat masing-masing.

"Latihan Ke Arah Kecemerlangan"