29 Julai 2025-  Majlis penutupan National Firefighter Drill 2025 telah disempurnakan oleh YAS Dato' Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad.

Sepanjang pertandingan ini, para anggota bomba dari seluruh negara telah menunjukkan komitmen tinggi, semangat kerjasama, serta keberanian luar biasa dalam setiap simulasi kecemasan yang dijalankan.

Program ini bukan sahaja menguji tahap kesiapsiagaan, malah memperkukuh jaringan komunikasi dan tindak balas pantas dalam situasi sebenar.

Tahniah kepada kontinjen JBPM Kuala Lumpur yang dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN!
Dedikasi, ketangkasan, dan kerjasama padu jelas terpancar sepanjang pertandingan. JBPM Kuala Lumpur membuktikan bahawa latihan berterusan dan semangat sepasukan membawa kepada kejayaan.

Kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pasukan negeri yang telah menunjukkan semangat juang dan profesionalisme luar biasa sepanjang program ini.

Program ini menutup tirai dengan kejayaan, namun semangatnya diteruskan di lapangan sebenar.