Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi 'Cepat dan Mesra' dan Salam Malaysia Madani.
30 Oktober 2024, (Rabu)
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.
0930 Pagi telah berlangsung Majlis Perasmian dan Penutupan Kursus Asas STORM Siri 1/2024 bertempat di Astaka Padang Kawad Akademi Bomba Wilayah Timur.
Majlis pada kali ini telah dirasmikan oleh YS Timbalan Pesuruhjaya Bomba Haji Nordin bin Pauzi (Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia).
Turut hadir adalah Penguasa Kanan Bomba I Rosmainor bin Yaakub (Ketua Pengajian Keselamatan Kebakaran ABPM Wilayah Timur yang juga wakil Komandan ABPM wilayah Timur), Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Basri bin Kamaruzaman (Penolong Pengarah Bahagian Operasi yang juga wakil Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu, Penguasa Kanan Bomba I Alimaddia bin Bukri (Pegawai Cawangan Pengurusan Pasukan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia), Penguasa kanan Bomba I Ismail bin Abdul Ghani (Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang yang juga merangkap Ketua Jurulatih Kursus Asas Special Tactical Operation and Rescue Team Of Malaysia (STORM) Siri 1/2024, Pegawai Kanan Jabatan serta barisan Jurulatih.
Seramai 35 orang pegawai pelbagai pangkat telah berjaya menamatkan latihan yang telah dilaksanakan selama sebulan di ABPM Wilayah Timur. Tahniah diucapkan kepada Penolong Penguasa Bomba Nor Shukri bin Awang yang telah dinobatkan sebagai Peserta Teori Terbaik, manakala Anugerah Peserta Praktikal Terbaik adalah Pegawai Bomba Afiq Aflah bin Azmi dan seterusnya Anugerah Peserta Terbaik Keseluruhan yang merangkumi teori dan praktikal telah dinobatkan kepada Pegawai Bomba Saredah binti Mohd Salleh.
TAHNIAH!!! KEPADA SEMUA PESERTA KURSUS ASAS SPECIAL TACTICAL OPERATION AND RESCUE TEAM OF MALAYSIA (STORM) SIRI 1/2024.
"LATIHAN KE ARAH KECEMERLANGAN"