26 OKTOBER 2026 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Kursus Penyiasatan Kebakaran (GTF 306/3), Semester 1, Sesi Akademik 2026/2027, Universiti Sains Malaysia (USM) bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Marang, Terengganu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Hj. Nordin bin Pauzi, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Kursus ini disertai seramai 35 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) bagi memperkukuh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penyiasatan kebakaran.
Turut hadir ialah YS PKPjB ChM Hj. Azlimin bin Mat Noor, Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YBrs. Profesor Dr. Wan Rosli bin Wan Ishak, Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima @ Zainuddin, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur serta YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Fahmi Lim Abdullah, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.
Semoga kursus ini dapat memberikan manfaat kepada para pelajar serta meningkatkan pemahaman mereka dalam bidang penyiasatan kebakaran.