28 Mei 2025 - Majlis Perasmian Mesyuarat Agong KOBOPEM Kawasan Wakaf Tapai telah disempurnakan oleh Y.Brs PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz Bin Tharima@Zainuddin, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.
Terima kasih diucapkan kepadaTuan Rozihan Anwar bin Mamat selaku wakil Lembaga KOBOPEM kerana telah hadir dan memberikan sedikit ucapan . Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua-ketua Pengajian, Ketua-ketua Cawangan, Ketua-ketua Unit serta ahli-ahli KOPOBEM. Mesyuarat Agong KOBOPEM juga telah dijayakan dengan baik selepas majlis perasmian tersebut.