26 Julai 2025 - Majlis Perasmian National Firefighter Drill 2025 yang disempurnakan oleh YAS Tuan Othman bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan (TKPP) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Terengganu.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan kecekapan pasukan bomba seluruh negara dalam menghadapi situasi kecemasan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat – dari para pegawai, anggota bomba, agensi penyelamat, hingga ke para jemputan yang memeriahkan majlis hari ini.