24 Januari 2024 - Bertempat di Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur telah diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Program Ikrar Integriti bagi bulan Januari 2024. Majlis Perhimpunan Bulanan disempurnakan oleh PPjB Ts Dr. Ahmad Faiz bin Tharima @ Zainuddin Komandan, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Timur dan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Siap Sedia Setiap Masa serta bacaan doa.
 
Majlis diteruskan dengan tayangan montaj perjalanan Akademi bagi tahun 2023 dan mendengar amanat dan perutusan daripada Komandan bagi tahun 2024.
 
Antara intipati ucapan Komandan adalah perancangan kursus 2024, perancangan fasa 3 & program-program berimpak tinggi. Majlis diserikan dengan majlis pemakaian pangkat KUP KB38, KUP KB24, KB22,KUP KB22, FA38 (KUP) dan N22.
 
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian bantuan banjir dan sambutan hari kelahiran.
 
"Latihan Ke Arah Kecemerlangan"
 
Montaj Perjalanan Akademi sepanjang tahun 2023.