26 FEBRUARI 2026 - Majlis Perhimpunan Tahunan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur telah berlangsung dengan penuh tertib dan semangat kebersamaan.
Majlis dimulakan dengan ucapan Komandan, diikuti amanat daripada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang menekankan komitmen berterusan terhadap kecemerlangan perkhidmatan, integriti serta profesionalisme dalam melaksanakan tugas. Amanat tersebut turut menzahirkan semangat kebersamaan dan solidariti warga jabatan melalui slogan keramat “Kita Bomba” sebagai tonggak kekuatan organisasi.
Tentatif Majlis:
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga yang menerima penghargaan dan pengiktirafan. Semoga segala pencapaian ini terus menyuntik semangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik demi agama, bangsa dan negara.