Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat Dan Mesra.
Hebahan Majlis Sambutan Bulan Ramadhan Tahun 2024 telah dilaksanakan pada 7 Mac 2024 bersamaan 26 Syaaban 1445H yang lalu.
Majlis melibatkan semua kakitangan Akademi bergotong-royong menyediakan kelengkapan dan bahan masakan yang diketuai oleh PBK I (KUP) Al Azam bin Mohamed Al Azam Mohamed (Ketua Cef) serta En Shafie bin Awang.
Program kali ini turut disertai oleh Anggota Perisma Abpm Wilayah Timur yang sama-sama bertungkus-lumus bagi memastikan kelancaran majlis.
Kejayaan program kali ini sudah semestinya mendapat sokongan penuh dari Komandan PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima @ Zainuddin Faiz Zainuddin yang mana beliau turut serta seawal pagi dalam gotong-royong.
Semoga ukhuwah yang terjalin antara kakitangan dan keluarga akan mengeratkan lagi hubungan dikalangan komuniti Akademi.
Salam Ramadhan 1445H/2024M
02.09.1445H / 13.03.2024M