Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur telah dilangsungkan pada 23 April 2024 Bersamaan 14 Syawal 1445H. Majlis sambutan berlangsung dalam suasana yang begitu meriah sekali dengan kehadiran Komandan ABPM Wilayah Timur PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima @ Zainuddin bersama keluarga, Para Pegawai Kanan Akademi bersama keluarga, Pegawai dan kakitangan Akademi bersama keluarga masing-masing. Tidak lupa juga memeriahkan majlis adalah para peserta kursus serta jemputan. Kehadiran para tetamu menyemarakkan lagi majlis dengan menikmati hidangan pelbagai juadah yang telah disediakan oleh kesemua Pengajian, Cawangan dan Unit. Majlis ini turut diserikan dengan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan gerai tercantik serta pertandingan Family Photo Tik Tok yang dianjurkan oleh Perisma ABPM Wilayah Timur yang telah disampaikan oleh Komandan dan Pengerusi Perisma. "SALAM AIDIL FITRI 2024".

galeri foto