1 Januari 2026 - Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi sempena persaraan PBT II Abdul Basir bin Zakaria yang telah berlangsung di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas segala jasa, khidmat bakti serta sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Seluruh warga Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih, serta mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan di alam persaraan.