16 Julai 2025 - Bersempena dengan kehadiran 10 Muharram, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur telah menganjurkan Program Bacaan Yasin dan Penyediaan Bubur Asyura sebagai salah satu inisiatif pengisian rohani dan pengukuhan ukhuwah dalam kalangan warga akademi. Program ini bukan sahaja menghidupkan sunnah dan amalan tradisi masyarakat Melayu Islam, malah menggalakkan semangat gotong-royong serta memperkukuh nilai spiritual dan kekitaan dalam kalangan pegawai dan kakitangan akademi.
PROGRAM AGIHAN BUBUR AS-SYURA SEMPENA BULAN MUHARAM 1447H DAN PROGRAM BACAAN YASIN ABPM WILAYAH TIMUR 2025