28 Ogos 2025 - Program Bicara Integriti & Majlis Perhimpunan Bulanan ABPM Wilayah Timur
Majlis dimulakan dengan Program Bicara Integriti yang telah disampaikan oleh Ustaz Haji Wan Muhammad Mizan bin W. Abdul Latiff menerusi tajuk penuh penghayatan, "Saat Lahirnya Seorang Al-Amin".
Sesi ini mengupas nilai-nilai integriti melalui keperibadian Rasulullah SAW sebagai tokoh amanah, jujur dan berakhlak tinggi. Nilai asas yang amat relevan dalam membentuk budaya kerja beretika dan berwibawa.
Majlis diteruskan dengan Perhimpunan Bulanan ABPM Wilayah Timur yang telah disempurnakan oleh PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima @ Zainuddin, Komandan ABPM Wilayah Timur,
Beberapa pengisian turut berlangsung sepanjang majlis:
🔸 Pemakaian tanda pangkat Gred KB3 – simbol tanggungjawab dan penghargaan kepada anggota yang dinaikkan pangkat.
🔸 Perkongsian ilmu kebombaan – memberi penekanan kepada pengukuhan profesionalisme, kemahiran teknikal dan kesiapsiagaan dalam tugasan.
Majlis seumpama ini menjadi medan penyatuan antara pengukuhan nilai dalaman (integriti dan sahsiah) serta peningkatan kecekapan profesional, sejajar dengan misi perkhidmatan yang berteraskan disiplin dan amanah.