Rabu, 24 Januari 2024
Program Ikrar Integriti bagi Tahun 2024 telah diadakan di Auditorium Dato' Sri Hj Wan Mohd Nor Akademi Bomba Wilayah Timur dengan jayanya.
Pada program kali ini telah diadakan Ceramah Integriti bertajuk 'Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul' yang disampaikan oleh PPjB Syed Azman bin Syed Ghazali, Ketua Unit Integriti, JBPM.
 
Majlis diteruskan dengan Bacaan Ikrar Integriti yang dipimpin oleh PgKB ll Mohd Firdaus bin Ahmad Roshdi dan seterusnya menandatangani borang SKI03A.
Majlis diteruskan dengan Komandan menyerahkan borang SKI03A kepada Ketua Unit Integriti dan diakhiri sesi bergambar.
 
 
"Latihan Ke Arah Kecemerlangan"