Rabu, 24 Januari 2024 / 12 Rejab 1445H
Program Ceramah Agama Bulanan telah diadakan bertempat di Surau Azzakirin Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur. Program kali ini dimulakan dengan Solat Maghrib berjamaah diikuti dengan Ceramah Agama Bulanan yang disampaikan oleh Al Fadhil ustaz Wan Faizul bin Abas (Penceramah Bebas).
 
Program ini dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Akademi Bomba Wilayah Timur bersama keluarga masing-masing dalam usaha menyemarakkan lagi pengisian ilmu kerohanian. Acara diteruskan lagi dengan penyampaian insentif Kempan Solat Berjamaah (anak-anak istikhomah solat berjamaah) beserta pegawai Akademi.
 
Program diakhiri dengan solat Isyak berjamaah dan bersurai. Semoga usaha kecil yang dilakukan akan memberikan impak yang besar kepada para pegawai-pegawai serta keluarga bagi mengimbangi keperluan dunia dan akhirat inshaAllah.