20 - 21 September 2025 - Satu program kolaborasi antara Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah berlangsung di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur pada 20 hingga 21 September 2025.

Program ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama strategik di antara media dan pasukan penyelamat dalam usaha mempertingkatkan kesedaran awam mengenai aspek keselamatan kebakaran, pencegahan bencana serta peranan JBPM dalam melindungi masyarakat.
 
Pelbagai pengisian turut diadakan termasuk sesi dialog media bersama pegawai kanan JBPM, demonstrasi menyelamat,
Melalui penganjuran ini, GKMM dan JBPM sepakat untuk memperkukuh hubungan dua hala yang lebih erat demi manfaat orang ramai, khususnya dalam penyampaian maklumat tepat dan berkesan kepada masyarakat.