PENGENALAN
-
Walaupun pengurusan sumber manusia dan logistik bagi banjir dalam kapasiti setempat dan negeri telah dilaksanakan dengan baik, pihak Jabatan telah berpandangan keupayaan ini boleh dipertingkatkan lagi.
-
Pengurusan banjir memerlukan kelengkapan logistik yang melebihi dari keperluan biasa yang mungkin tidak dapat diatasi di peringkat negeri.
-
Sehubungan dengan itu Pelan Aturgerak Sumber Manusia dan Logistik dan Pengurusan Regional Forward Base (RFB) ini dirangka bagi mengurangkan masa aturgerak sumber manusia dan logistik dan meningkatkan keberkesanan pengurusan banjir.
Info & panduan banjir dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur ada di sini