17 September 2025 - Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Balai Undang Luak Jelebu bagi menghadiri Taklimat Keselamatan Kebakaran serta pendedahan Program Latihan Interaktif yang terdapat di ABPM Wilayah Timur.
Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Y.Brs PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima @ Zainuddin, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, yang turut berkongsi peranan penting ABPM dalam melatih anggota barisan hadapan negara serta meningkatkan kesedaran keselamatan awam.
Delegasi turut dibawa melawat sekitar akademi termasuk fasiliti latihan canggih seperti simulator kebakaran, kemudahan penginapan, dan kawasan praktikal latihan.
Antara pengisian menarik termasuk demonstrasi menangkap ular dan sesi interaktif bersama pegawai bomba.
Semoga program ini dapat memperkukuh hubungan strategik antara pihak bomba dan institusi adat serta meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat terhadap kecemasan.