HARI CUCI MALAYSIA SEMPENA WORLD CLEANUP DAY 2026

HARI CUCI MALAYSIA SEMPENA WORLD CLEANUP DAY 2026

26 September 2026 - Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur turut serta dalam Hari Cuci Malaysia sempena World Cleanup Day 2026 pada hari ini. Seramai 76 orang warga Akademi telah bersama-sama berganding bahu menjayakan aktiviti gotong-royong dan pembersihan di sekitar kawasan pejabat, bilik kuliah, astaka, asrama dan kuarters.

Program ini menjadi platform untuk memupuk semangat kerjasama, kebersamaan dan tanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran, di samping mewujudkan suasana akademi yang lebih bersih, kemas dan kondusif.

Bersama-sama kita jayakan budaya bersih demi Malaysia yang lebih bersih dan lestari.

PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN (PKK) TAHUN 2026

PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN (PKK) TAHUN 2026

7 - 10 JUN 2026 – Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya melibatkan penyertaan kontinjen yang menunjukkan tahap disiplin, komitmen dan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang pertandingan dijalankan.

Pelaksanaan pertandingan ini bertujuan menilai tahap kecekapan, ketepatan pergerakan, keseragaman serta kemahiran kawad dalam kalangan peserta selaras dengan objektif pembangunan kompetensi dan profesionalisme.

Sepanjang pertandingan berlangsung, setiap kontinjen telah mempamerkan persembahan terbaik dalam usaha mencapai kecemerlangan serta mengekalkan semangat persaingan yang sihat.

Pihak akademi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatankuasa, pegawai, jurulatih, peserta serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Pertandingan Kawad Kecekapan Tahun 2026.

Diharapkan penganjuran ini dapat terus menjadi platform memperkukuh disiplin, kerjasama dan budaya kecemerlangan pada masa akan datang.

MAJLIS PENTAULIAHAN KURSUS ASAS PEGAWAI BOMBA BANTUAN SIRI 2 TAHUN 2026

MAJLIS PENTAULIAHAN KURSUS ASAS PEGAWAI BOMBA BANTUAN SIRI 2 TAHUN 2026

23 April 2026 - Alhamdulillah, Majlis telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 76 pelatih dari negeri Terengganu, Pahang, Kelantan dan Kedah telah berjaya menamatkan latihan intensif selama 14 hari di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.

Sepanjang tempoh latihan, para pelatih telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas kebombaan, disiplin tinggi serta semangat kerja berpasukan dalam menghadapi cabaran tugas sebenar.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelatih atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam menjalankan amanah demi keselamatan masyarakat.
 
“LATIHAN KE ARAH KECEMERLANGAN”