Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah

Majlis Amanat Komandan Suku Pertama ABPM Wilayah Tengah Tahun 2024

Kuala Kubu Bharu, 8 Mac 2024 - Komandan ABPM Wilayah Tengah, PPjB Muhamad Azmi Bin Ismail telah menyempurnakan Majlis Amanat Suku Pertama bagi Tahun 2024.

Penuh khidmat dan penuh makna, acara dimulakan dengan Pemakaian Tanda Pangkat KUP KB 22, di mana kehadiran tanda pangkat menjadi pengiktirafan kepada kejayaan para anggota. Tidak kurang penting, Kempen Penjimatan Elektrik EKSA turut diperkenalkan untuk mendorong kesedaran kelestarian alam di kalangan anggota.

Taklimat Pelaksanaan Let’s Get Fit telah menyuntik semangat kesihatan dan kecergasan dalam kalangan anggota ABPM, mencetus semangat hidup sihat di kalangan mereka. Pengucapan Awam yang penuh inspirasi turut menghiasi majlis, memotivasikan anggota untuk terus berusaha dan berkhidmat dengan setulus hati.

Tambahan pula, penghargaan Pekerja Contoh diberikan kepada individu yang menonjolkan prestasi cemerlang, memberikan contoh yang memotivasikan anggota lain. Majlis ini tidak hanya sebagai satu acara rasmi, tetapi juga sebagai bentuk penghormatan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai anggota ABPM.

Β 

Kursus Pengurusan Operasi dan Menyelamat (SAR)

23 Februari 2024 (Jumaat) - ABPM Wilayah Tengah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan Syabas kepada semua peserta kursus Pengurusan Operasi dan Menyelamat (SAR) anjuran Pengajian Penyelamatan kali ini. Semua peserta yang hadir menunjukkan komitmen yang terbaik dalam mengikuti keseluruhan jadual yang telah disusun oleh pihak ABPM Wilayah Tengah.

Terima kasih tidak terhingga kepada Penceramah, Fasilitator & Jurulatih yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung membantu kelancaran kursus ini berlangsung.

Diucapkan agar perjalanan tuan-tuan kembali ke destinasi masing-masing sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT.

Salam hormat.

"Training Towards Excellance"

π‚πžπ«πšπ¦πšπ‘ 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐈𝐬𝐫𝐚' 𝐌𝐒𝐀𝐫𝐚𝐣 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐒𝐀 𝐏𝐞𝐫𝐑𝐚𝐭𝐒𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐒 𝐝𝐚𝐧 π–πšπ«π πš π€π€πšππžπ¦π’

π‚πžπ«πšπ¦πšπ‘ 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐈𝐬𝐫𝐚' 𝐌𝐒𝐀𝐫𝐚𝐣 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐒𝐀 𝐏𝐞𝐫𝐑𝐚𝐭𝐒𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐒 𝐝𝐚𝐧 π–πšπ«π πš π€π€πšππžπ¦π’

Kuala Kubu Bharu, 8 Februari 2024 - Surau Al-Mansooriah dan Kelab Pegawai ABPM Wilayah Tengah telah berkolaborasi untuk mengadakan Ceramah Perdana mengenai Isra' Mikraj pada 8 Februari 2024. Ceramah ini menarik perhatian para pegawai dan warga Akademi dengan penerangan mendalam mengenai "Perintah Solat dan Puasa. In Shaa-Allah.". Semoga ilmu yang diperoleh akan membawa keberkatan kepada seluruh 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐒 𝐝𝐚𝐧 π–πšπ«π πš π€π€πšππžπ¦π’.

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah
Paparan Terbaik Pada Resolusi Tinggi : 1920 x 1080px

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan