Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah

Pelatih Kadet Diploma Lanjutan SainS Kebombaan (DLSK) Siri 1/2024 telah menjalani ujian Individual Physical Proficiency Test (IPPT) dan pengukuran Body Mass Index (BMI)

Kuala Kuala Kubu, 26 April 2024 (Jumaat) - Pelatih Kadet Diploma Lanjutan Sains Kebombaan (DLSK) Siri 1/2024 telah menjalani ujian Individual Physical Proficiency Test (IPPT) dan pengukuran Body Mass Index (BMI). Ujian penting ini telah dilaksanakan oleh Urusetia PTi ABPM Wilayah Tengah kepada 30 pelatih kadet.

Ujian yang diadakan untuk menilai tahap kecergasan dan tenaga fizikal para kadet, telah berjalan lancar bermula jam 7.00 pagi.

Pihak ABPM bersyukur atas semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta dalam ujian ini.

Keputusan ujian IPPT dan BMI akan menjadi panduan penting dalam pembangunan program latihan individu bagi setiap pelatih kadet. Hasil penilaian ini diharap akan memberi dorongan kepada pelatih kadet untuk terus meningkatkan prestasi fizikal mereka.

Kepada semua pelatih kadet DLSK yang telah mengambil bahagian dalam ujian ini, tahniah atas usaha dan komitmen yang telah ditunjukkan. Teruskan semangat itu dan jangan berhenti untuk mencapai kecemerlangan.

Disediakan oleh:
Urusetia PTi ABPM Wilayah Tengah

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐๐ฎ๐›๐ฎ๐ซ ๐‹๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ค ๐๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐€๐๐๐Œ ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐“๐ž๐ง๐ ๐š๐ก

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐๐ฎ๐›๐ฎ๐ซ ๐‹๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ค ๐๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐€๐๐๐Œ ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐“๐ž๐ง๐ ๐š๐ก

3 April 2024 (Rabu) - Engine Bay.
Satu sesi Penyerahan Bubur Lambuk dan Sumbangan Aidilfitri ABPM Wilayah Tengah yang telah disempurnakan oleh Komandan ABPM Wilayah Tengah dan diiringi oleh Pengerusi Kelab Pegawai ABPM Wilayah Tengah. Sumbangan ini ditaja sepenuhnya oleh Kelab Pegawai ABPM Wilayah Tengah.

๐‘ˆ๐‘›๐‘–๐‘ก ๐‘ƒ๐‘’๐‘Ÿโ„Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐ด๐‘ค๐‘Ž๐‘š ๐ด๐ต๐‘ƒ๐‘€ ๐‘Š๐‘–๐‘™๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Žโ„Ž ๐‘‡๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Žโ„Ž

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN,HAFAZAN DAN AZAN PERINGKAT KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN,HAFAZAN DAN AZAN PERINGKAT KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

27 Mac 2024 - Rabu (ABPM Wilayah Tengah)
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian Penutupan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Azan Peringkat KPKT telah berlangsung dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu Timbalan Menteri ย KPKT dan juga hadir bersama TKSU (P) Tuan Muhammad Razman bin Abu Samah serta Ketua Pengarah JBPM YAS Datoโ€™ Ts. Nor Hisham bin Mohammad. Setelah selesai majlis penutupan telah diadakan majlis berbuka puasa serta solat terawih bersama jemputan.

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah
Paparan Terbaik Pada Resolusi Tinggi : 1920 x 1080px

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan