MAJLIS TILAWAH AL-QURAN,HAFAZAN DAN AZAN PERINGKAT KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

27 Mac 2024 - Rabu (ABPM Wilayah Tengah)
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian Penutupan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Azan Peringkat KPKT telah berlangsung dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu Timbalan Menteri  KPKT dan juga hadir bersama TKSU (P) Tuan Muhammad Razman bin Abu Samah serta Ketua Pengarah JBPM YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad. Setelah selesai majlis penutupan telah diadakan majlis berbuka puasa serta solat terawih bersama jemputan.