Kuala Kuala Kubu, 26 April 2024 (Jumaat) - Pelatih Kadet Diploma Lanjutan Sains Kebombaan (DLSK) Siri 1/2024 telah menjalani ujian Individual Physical Proficiency Test (IPPT) dan pengukuran Body Mass Index (BMI). Ujian penting ini telah dilaksanakan oleh Urusetia PTi ABPM Wilayah Tengah kepada 30 pelatih kadet.

Ujian yang diadakan untuk menilai tahap kecergasan dan tenaga fizikal para kadet, telah berjalan lancar bermula jam 7.00 pagi.

Pihak ABPM bersyukur atas semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta dalam ujian ini.

Keputusan ujian IPPT dan BMI akan menjadi panduan penting dalam pembangunan program latihan individu bagi setiap pelatih kadet. Hasil penilaian ini diharap akan memberi dorongan kepada pelatih kadet untuk terus meningkatkan prestasi fizikal mereka.

Kepada semua pelatih kadet DLSK yang telah mengambil bahagian dalam ujian ini, tahniah atas usaha dan komitmen yang telah ditunjukkan. Teruskan semangat itu dan jangan berhenti untuk mencapai kecemerlangan.

Disediakan oleh:
Urusetia PTi ABPM Wilayah Tengah