MAJLIS PERASMIAN PROGRAM NEXTGEN STEM 2025

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM NEXTGEN STEM 2025

17 September 2025 - Program Nextgen STEM 2025 anjuran Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan berlangsung  17–18 September 2025 bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.

Program ini bertujuan untuk memperkasakan pelajar sekolah menengah dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), serta memupuk minat terhadap kerjaya dalam bidang sains kesihatan dan keselamatan awam.
MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN KADET BOMBA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN KADET BOMBA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

10 September 2025 - Majlis Penutupan Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 telah berjaya disempurnakan dengan jayanya.

Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Ys TPjB Abdul Razak bin Muda, Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Timur.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, jurulatih serta urus setia yang telah menjayakan program ini. Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang perkhemahan ini akan menjadi bekalan berguna dalam membentuk sahsiah dan jati diri sebagai kadet bomba yang berdisiplin, cekal dan berwibawa.
Majlis Flag Off – National Fire Cadet Challenge 2025

Majlis Flag Off – National Fire Cadet Challenge 2025

9 September 2025 - Majlis Flag Off telah berlangsung dengan jayanya sempena National Fire Cadet Challenge 2025 bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh Ys TPjB Abdul Razak bin Muda, Pengarah Bahagian Latihan menandakan permulaan rasmi kepada National Fire Cadet Challenge 2025 yang menghimpunkan pasukan Kadet Bomba dari seluruh negara.
 
National Fire Cadet Challenge 2025 bukan sahaja menguji ketangkasan dan kemahiran peserta, malah menjadi medan untuk menyemai nilai kepimpinan, disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan belia kita.
Syabas dan selamat maju jaya kepada semua peserta.
 
"Latihan Ke Arah Kecemerlangan"