MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGONG KOBOPEM KAWASAN WAKAF TAPAI, AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH TIMUR 2025

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGONG KOBOPEM KAWASAN WAKAF TAPAI, AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH TIMUR 2025

28 Mei 2025 - Majlis Perasmian Mesyuarat Agong KOBOPEM Kawasan Wakaf Tapai telah disempurnakan oleh Y.Brs PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz Bin Tharima@Zainuddin, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.
Terima kasih diucapkan kepadaTuan Rozihan Anwar bin Mamat selaku wakil Lembaga KOBOPEM kerana telah hadir dan memberikan sedikit ucapan . Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua-ketua Pengajian, Ketua-ketua Cawangan, Ketua-ketua Unit serta ahli-ahli KOPOBEM. Mesyuarat Agong KOBOPEM juga telah dijayakan dengan baik selepas majlis perasmian tersebut.
LARIAN BERSAMA BOMBA 2025

LARIAN BERSAMA BOMBA 2025

17 Mei 2025 - Larian Bersama Bomba 2025 yang diadakan pada 17 Mei 2025 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam yang telah disempurnakan oleh DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS PENTAULIAHAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN SIRI 3 2025

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS PENTAULIAHAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN SIRI 3 2025

08 Mei 2025 - Satu Majlis Penutupan Kursus Asas Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan telah diadakan di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur. Seramai 88 orang Pegawai Bomba Bantuan daripada JBPM Selangor, JBPM Kedah, JBPM Perak, JBPM Negeri Sembilan, JBPM Terengganu dan JBPM Kelantan telah menerima surat pentauliahan tersebut. Sekalung tahniah kepada mereka.