13 Jan 2025 - Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Januari Tahun 2025 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur anjuran Cawangan Pengurusan telah diadakan di Auditorium Dato' Sri Hj Wan Mohd Nor dan disempurnakan oleh YBrs PPjB Ts. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima @ Zainuddin, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.
Antara pengisian yang diadakan dalam perhimpunan tersebut adalah pemakaian tanda pangkat kepada 4 pegawai kanan dan seorang anggota yang masing-masing telah dinaikkan pangkat ke Gred KB7(kup) dan KB2(kup).
Selain itu, turut diadakan penyampaian sumbangan PESAT kepada anak pegawai dan anggota yang memperoleh keputusan cemerlang dalam persekolahan dan juga kepada peserta Wellnes Hub.
Turut diadakan, Ikrar Sistem Kawalan Akauntabiliti dan Integriti (SKAI) Aku janji Akta Rahsia Rasmi Penjawat Awam yang dipimpin oleh PgKB II Mohd Mazimi bin Mohamad.
Semoga tahun 2025 menjadi tahun yang lebih cemerlang kepada kita semua. Terima kasih kepada semua yang hadir dan teruslah bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab kita.
"Latihan Ke Arah Kecemerlangan"
9 Jan 2025 - Gotong-royong Perdana Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.
Bagi memastikan kebersihan dan keceriaan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur berada pada tahap yang baik, satu aktiviti gotong-royong perdana telah diadakan yang melibatkan kakitangan akademi dan pelatih KSSK Siri 2/2024.