Image

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi "Cepat dan Mesra" serta Salam Malaysia Madani.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web rasmi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Marang Terengganu.

Produktiviti dikaitkan dengan konsep kecekapan , keberkesanan dan kualiti. Kerkesanan sesebuah organisasi pula ditentukan sama ada hasil atau perkhidmatan yang diberikan perlu ditambah nilai dengan ciri-ciri kualiti seperti cepat, tepat, berintegriti dan mesra pelanggan.

Justeru, Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur mesti didokong oleh pegawai-pegawai yang berpengetahuan dan berkemahiran serta bersedia meningkatkan kecemerlangan melalui pembelajaran berterusan, agar sesuai sebagai pakar rujuk atau perunding kemahiran melebihi pegawai yang lain. Semua Pegawai hendaklah memilik prinsip High Thinking, High Doing dan High Skill, High Will. Keberhasilan latihan masih belum terbilang, sekiranya ia tidak diingati, dihayati , dikenangi dan dijadikan warisan generasi akan datang. Seperti pepatah Melayu “ Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.

Dunia IT adalah dunia tanpa sempadan. Teknologi yang bergerak pantas menjadi satu wadah dalam latihan bagi meningkatkan kecemerlangan latihan dalam Jabatan. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur mengambil inisiatif melalui teknologi tanpa sempadan ini sebagai salah satu cara untuk mengukur keberkesanan latihan dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sebagai sebuah Akademi Latihan Kebombaan, kursus-kursus yang dilaksanakan merupakan elemen penting dalam proses transformasi membentuk Pegawai Bomba yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta mempunyai nilai-nilai keperibadian yang tinggi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

Saya berharap dengan terhasilnya saluran informasi ini, secara tidak langsung akan dapat membantu kepelbagaian pendekatan komunikasi serta cara penyampaian maklumat yang lebih tepat, telus dan berkesan kepada pelanggan.

Selamat melayari Laman WEB Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.

Terima Kasih kerana mengunjungi Laman WEB Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.

"LATIHAN KE ARAH KECEMERLANGAN"

PPjB Ts.Dr. Ahmad Faiz bin Tharima@Zainuddin
Komandan,
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Marang Terengganu.

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Wilayah Timur Jln Kuala Berang, 21040 Marang, Terengganu

Paparan Terbaik Pada Resolusi Tinggi : 1920 x 1080px
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan