Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur merupakan pusat latihan kebombaan terbesar di Asia Tenggara. Sehingga kini  pusat latihan ini beroperasi dengan kekuatan anggota seramai 129 orang dengan diketuai oleh seorang Pegawai Bomba berpangkat  Penolong Pesuruhjaya Bomba gred KB 52 iaitu  PPjB Ts Dr. Ahmad Faiz bin Tharima @ Zainuddin.

Sejarah penubuhan

TAN SRI DATO' SERI DR TING CHEW PEH

PgKB I MOHD KHARU BIN SULAIMAN

PgKB I AHMAD TARMIDZI BIN KHALIL (BERSARA)

TPjB NORDIN BIN PAUZI

TPjB NORAZAM BIN KHAMIS

TPjB ABDUL RAZAK BIN MUDA

TPjB SOBBERI BIN BASIRAN (BERSARA)

PPjB ABDUL KHAIR BIN OSMAN

PPjB Ts.Dr. AHMAD FAIZ BIN THARIMA @ ZAINUDDIN

 

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mempunyai keluasan 144 hektar dan dibina pada tahun 2000.  Majlis pecah tanah pembinaan telah disempurnakan oleh Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato Dr. Ting Chew Peh pada tahun 1999. Pada 7 Oktober  2002, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai mula beroperasi dan di ketuai oleh Ketua Latihan Penolong Penguasa Bomba Mohd Kharu bin Sulaiman. Seramai 36 orang kakitangan telah ditempatkan di akademi ini yang merangkumi pelbagai pangkat. Kakitangan ini ditempatkan secara pentadbiran di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri dan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bahru. Pada 15 Oktober 2002, seramai 236 orang pelatih Gred KB 11 melapor diri untuk mengikuti Kursus Asas Sains Kebombaan.

Pada tahun 2002, Organisasi Pentadbiran yang terdapat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai iaitu Ketua Pegawai Latihan, Ketua Pentadbir Latihan, Ketua Akademi, Sekolah Operasi, Sekolah Pengurusan, Sekolah Undang-Undang, Sekolah Kejuruteraan, Sekolah Keselamatan Kebakaran, Unit Bantuan Latihan, Unit Data & ICT dan Unit Asrama. Pada Februari 2003, Penguasa Bomba Hj. Ahmad Tarmidzi bin Khalil telah dilantik sebagai Pegawai Latihan menggantikan Penolong Penguasa Bomba Mohd Kharu bin Sulaiman. Sebelum ini beliau bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu. Pada tahun 2003, kakitangan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai adalah seramai 73 orang dan seramai 311 orang pelatih Gred KB 11 telah melapor diri untuk mengikuti Kursus Asas Sains Kebombaan

Pada Jun 2004, Penolong Pesuruhjaya Bomba Nordin bin Pauzi yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya telah dilantik sebagai Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai. Kakitangan akademi  pada masa tersebut adalah seramai 84 orang dan 14 orang perjawatan gunasama telah diwujudkan. Pada 16 September 2004, Tuan Hj. Mohd Zain bin Shamsuddin telah dilantik Ketua Khidmat Pengurusan. Pada 1 Mei 2005, kakitangan akademi adalah seramai 139 orang dan sekolah telah ditukarkan nama sebagai pusat pengajian. Pada tahun 2005, simulator untuk latihan telah dibina sebagai untuk memantapkan lagi kemahiran anggota bomba dalam tugas pemadaman dan penyelamatan.

Pada 15 April 2008 hingga April 2013, Penguasa Kanan Bomba I Norazam bin Khamis telah dilantik sebagai Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai dengan kapasiti tenaga seramai 144 orang. Bermula  30 April 2013 hingga 10 April 2017  pentadbiran Akademi telah di terajui oleh Penguasa Kanan Bomba Abdul Razak bin Muda dengan kekuatan kakitangan seramai 121 orang.

Akademi Wilayah Timur sekali lagi dengan berbesar hati menerima pelantikan PPjB Sobberi bin Basiran pada  10 April 2017  sebagai Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk bersama-sama dengan 134 orang pegawai bagi terus mengekalkan kecemerlangan Akademi .

 

Dalam mencapai ke arah kecemerlangan, pihak pengurusan akademi telah berjaya mendapatkan pengiktirafan daripada SIRIM bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 pada 19 Oktober 2008.  Bermula dengan komitmen dan kerjasama semua pihak diharapkan Sijil Pengurusan Kualiti MS ISO : 2015 dapat dicapai pada tahun 2017.