Image

Assalamualaikum dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

Saya mengucapkan selamat datang kepada pengunjung laman web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara atas kesudian tuan/puan dalam mengekses laman web ini.

Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Ilahi, atas usaha Jabatan dengan dibantu pegawai-pegawai terdahulu maka pembangunan lawan web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara ini dapat memberi ruang serta peluang kepada orang ramai serta kakitangan Bomba sendiri bagi memperolehi maklumat berkaitan perlaksanaan kursus dan latihan. Kebanyakan kursus yang ditawarkan adalah untuk Pegawai Bomba gred KB 19 hingga KB 26 dan kepada agensi kerajaan serta swasta. Dalam masa yang sama, laman web ini turut memaparkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi tatapan umum.

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara mempunyai keluasan yang telah dibangunkan seluas 98 ekar terdiri bangunan pentadbiran, bangunan kelas, auditorium, padang kawad, hose tower, simulator CFBT, simulator BATG, simulator Gas Spill, simulator penyelamatan dan pemadaman rel, bangunan asrama dan gelanggang 3 dalam 1. Suasana semulajadi yang sedia ada turut sesuai bagi melaksanakan program di air seperti berkayak, pengendalian bot dan aktiviti riadah berkaitan dengan air.

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Utara, Perak komited dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak tertinggi jabatan supaya insan yang dilatih di Akademi dapat memenuhi inspirasi dan komited dalam melaksanakan tugas dengan cekap, berkesan.

Dengan adanya saluran informasi ini, segala maklumat dapat disampaikan dengan tepat dan jelas.

Sekian, terima kasih,

( ASWADI BIN HAJI ISMAIL )

Komandan,
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Wilayah Utara, Perak

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara

KM55 Lebuhraya Ipoh - Lumut, 31750 Tronoh, Perak Darul Ridzuan
Paparan Terbaik Pada Resolusi Tinggi : 1920 x 1080px

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan