PERATURAN-PERATURAN SEMASA BERKURSUS
 
Kursus akan bermula jam 7.00 pagi hingga 4.30 petang. Tertakluk kepada jadual dan arahan semasa penyelaras.
 
Peserta mesti berada di dalam bilik kuliah 15 minit sebelum aktiviti bermula.
 
Semua peserta mesti hadir dalam semua aktiviti yang dijalankan kecuali sakit dan sebab-sebab tertentu.
 
 
WAKTU MAKAN DAN MINUM
 
      1. Sarapan Pagi - 8.00pagi hingga 8.30pagi
 
      2. Minum Pagi - 10.30pagi hingga 11.00pagi
 
      3. Makan Tengahari - 12.30 tengahari - 1.15 petang
 
      4. Minum Petang - 4.30 petang hingga 5.00 petang
 
      5. Makan Malam - 6.30 petang hingga 7.30 petang
 

 

PAKAIAN SEMASA KURSUS

Peserta kursus adalah disyaratkan berpakaian kemas setiap masa sepanjang masa berkursus

SEMASA KULIAH, PESERTA KURSUS :

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hendaklah berpakaian SERAGAM LENGKAP. (melainkan terdapat arahan yang berlainan)
 
Agensi luar/swasta hendaklah BERPAKAIAN KEMAS, BERKASUT DAN BERSTOKIN.
 
 

SEMASA AMALI, PESERTA KURSUS :

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hendaklah BERPAKAIAN LENGKAP OPERASI
 
Agensi luar/swasta hendaklah BERPAKAIAN ‘TRACK BOTTOM’ WARNA GELAP, T-SHIRT PUTIH DAN BERKASUT.
 

 

SEMASA SUKAN / LATIHAN JASMANI, PESERTA HENDAKLAH BERPAKAIAN SUKAN

( T-SHIRT PUTIH/INNER BIRU, ‘TRACK BOTTOM’ WARNA GELAP DAN BERKASUT)

 

SEMASA MAKAN / MINUM DI DEWAN MAKAN, PESERTA KURSUS HENDAKLAH BERPAKAIAN KEMAS DAN BERKASUT. MEMAKAI SELIPAR DAN SARUNG ADALAH DILARANG

 

SUKAN DAN RIADAH
 
●    Semasa sukan dan latihan jasmani, peserta hendaklah BERPAKAIAN SUKAN BERBAJU PUTIH/INNER BIRU
 
●    Sebelum bersukan atau latihan jasmani, peserta kursus dikehendaki memanaskan badan dengan BERLARI 2 PUSINGAN PADANG KAWAD
 
●    Semasa bersukan peserta TIDAK DIBENARKAN KELUAR DARIPADA AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH UTARA, PERAK
 
●    Pada jam 1830, ketua sukan akan mengambil baris untuk tamat sukan kecuali yang masih bermain. Walau bagaimanapun semua bentuk permainan perlu ditamatkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu maghrib
 

 

PERGERAKAN 

PERGERAKAN BAGI SENAMAN, BILIK KULIAH , SUKAN DAN PERGI BALIK KE ASRAMA HENDAKLAH DALAM SATU KUMPULAN DAN DALAM KEADAAN BERBARIS MENGIKUT LALUAN YANG TELAH DISEDIAKAN.

 

 

 

MENGHADIRI TAHLIL / KEAGAMAAN
 
     PADA MALAM JUMAAT, SATU MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL AKAN DIADAKAN DAN SEMUA PESERTA BERAGAMA ISLAM WAJIB HADIR.

 

 

 

LAIN LAIN 

 

•   PESERTA KURSUS TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MEROKOK DI KAWASAN PREMIS KERAJAAN TERUTAMA SEKALI  DI KAWASAN AKADEMI.
 
•   PARA PESERTA DIBENARKAN MEMANCING DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI IAITU PADA WAKTU SELEPAS LATIHAN JASMANI HINGGA JAM 2300 DAN KAWASAN YANG DIBENARKAN ADALAH DI HADAPAN PONDOK PENGAWAL KESELAMATAN DAN RAM SCUBA SHEET SAHAJA.
 
•   PEMERIKSAAN BILIK ASRAMA PESERTA KURSUS AKAN DIADAKAN PADA HARI AKHIR BERKURSUS IAITU HARI JUMAAT JAM 1130.