SEJARAH AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH  SABAH

 

Pusat Latihan  Bomba dan Penyelamat Malaysia,  Kota Kinabalu, Sabah telah ditubuhkan pada tahun 1987,  dan setelah beroperasi selama 12 tahun ianya telah dinaiktaraf kepada Akademi pada 1hb. Jun 2009. Selaras dengan penstrukturan ini, maka Kepimpinan Tertinggi Institusi Keilmuan ini  turut dinaik taraf, daripada Penolong Penguasa Bomba Gred KB29, kepada Penguasa Kanan Bomba Gred KB44.   Institut ini, merupakan nadi penting Jabatan dalam penyaluran dan pengembangan ilmu-ilmu kebombaan secara berterusan khususnya kepada Pegawai-Pegawai Bomba di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berasaskan keperluan piawaian MS ISO 9001:2000. Penekanan kursus yang dilaksanakan berasaskan kepada Core Buisnes dan keperluan semasa jabatan yang begitu dinamik.

 

Pada 1987, Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Wilayah Sabah berada di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Sembulan, dengan berkongsi bangunan pentadbiran dengan Balai Bomba Sembulan, dan pada tahun 2009, setelah Intitusi ini di naik taraf sebagai Akademi Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Sabah, Institut ini telah berpindah ke Kompleks Perumahan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Negeri Sabah Jalan Sulaman, dimana ABPM Sabah telah diperuntukkan dua Blok Bangunan, yang mempunyai kemudahan Pejabat Pentadbiran, Bilik Mesyuarat, Bilik Kuliah yang boleh menampung seramai 100 orang dalam satu-satu masa, Asrama yang boleh memuatkan seramai 60 orang dalam satu-satu masa, kemudahan Dewan Makan, Kemudahan Sukan seperti dewan Badminton, Tennis dan Bola Tampar serta surau. 

 

Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di ABPM Wilayah Sabah, Kota Kinabalu, adalah seperti Simulator CFBT, BATG, Tunnel, Oil Spill dan Rumah Penyiasatan yang terdapat di Tapak Latihan ABPM Sabah, Tuaran.

 

Sepanjang tempoh 26 tahun Institut Ilmu Kebombaan ini ditubuhkan di negeri  ini, seramai 8 orang Pegawai Kanan Jabatan telah menerajui ABPM Sabah, seperti berikut:

BIL

NAMA

JAWATAN

TAHUN

1

Tuan Edmund Wong

Ketua Peg. Latihan

1986 – 1988

2

Tuan Karim Bin Taha

Ketua Peg. Latihan

1988 – 1989

3

Tuan Kassim Bin Maidin

Ketua Peg. Latihan

1989 - 1992

4

Tuan Albert Jiran Tanjung

Ketua Peg. Latihan

1992 - 1996

5

Tuan Kassim Bin Maidin

Ketua Peg. Latihan

1996 - 2000

6

Puan Juliana Bt. Hj. Tinggal

Ketua Peg. Latihan

2000 - 2001

7

Tuan Sharikan Bin Bustaman

Ketua Peg. Latihan

2001 - 2005

8

Tuan Johari Bin Dzulkifle

Ketua Peg. Latihan

2005 - 2009

9

Tuan Jainal@Zainal Bin Madasin

Komandan

2009 – 2011

10

Puan Juliana Bt. Hj. Tinggal

Komandan

2011 – 2012

11

Tuan Johari Bin Dzulkifle

Komandan

2013 – 2018

12

Tuan Muhammad Taquiddin Victor bin Doon

Komandan

2018-sekarang