PENGLIBATAN DELEGASI JBP BRUNEI DALAM KURSUS VEHICLE FIRE FORENSIC
​Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada dua (2) orang pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Negara Brunei Darussalam yang menyertai Kursus Vehicle Fire Forensic bermula 20 Oktober hingga 24 Oktober 2026 (Isnin hingga Jumaat).
​Kursus intensif ini menghimpunkan seramai 30 orang peserta, di mana 28 daripadanya terdiri daripada pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), manakala 2 lagi diwakili oleh pegawai dari Negara Brunei Darussalam iaitu:
​Timbalan Pegawai Balai Yusof Bin Bujang
(Unit Audit Dalaman & Unit Penyiasatan Kebakaran, Ibu Pejabat JBP)
​Ahli Bomba Kanan Mohd Soetrisno bin Sahminan
(Unit Penyiasatan Kebakaran, Ibu Pejabat JBP)
​Penglibatan ini bukan sahaja memperkasakan kepakaran, ilmu forensik, dan teknik penyiasatan punca kebakaran kenderaan, malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta kerjasama strategik antara Bomba Brunei dan Bomba Malaysia.
​Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi mutu perkhidmatan yang cemerlang.
​Selamat berkursus dan wira sentiasa bersiap sedia! 🤝🔥