Pada 27 Ogos 2018, Audit Pemantauan Amalan Persekitaran Berkualiti QE5S telah diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak. Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti QE5S kali ke -4 ini telah dilakukan oleh pihak MPC. Seramai 2 orang auditor dan 2 orang pemerhati telah datang pada kali ini iaitu Cik Liyana Othman dan Khatijah Rahmat dari pihak MPC Negeri Sarawak. Manakala pihak pemerhati iaitu Encik Wee Chung Yee dari Pejabat Residen Bahagian Serian dan Puan Thian Siv Ling dari Pejabat Residen Bahagian Sri Aman. YS PgKB II Sabarudin bin Mohamad, Komandan ABPM Wilayah Sarawak telah mengetuai pembentangan dokumentasi dan Jawatankuasa Induk kepada pihak auditor sebelum audit dijalankan di kelima-lima zon 5S di ABPM Wilayah Sarawak. Zon-zon yang terlibat ialah, Zon Scania iaitu merangkumi pejabat ABPM Wilayah Sarawak, Zon Atego yang merangkumi Dewan Perdana, Zon Magirus yang merangkumi kawasan simulator dan Surau, Zon Nissan yang merangkumi Dewan Makan dan stor-stor latihan dan akhir sekali Zon Mercedes yang merangkumi bahagian asrama. Dengan menggunakan kriteria audit yang baharu iaitu penganugerahan bintang atau “star” untuk penanda aras bagi pencapaian sesebuah organisasi. Dalam Majlis Penutupan Audit, ABPM Wilayah Sarawak telah disyorkan memperolehi Persijilan Semula.

 

klik disini untuk gambar : https://www.facebook.com/pg/ABPMSARAWAK/photos/?tab=album&album_id=1354808931316570