Majlis Penutupan Kursus Komander Operasi Tahap 1 & Hazmat First Responder

Pada 13 Februari 2026, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutupan Kursus Komander Operasi Tahap 1 & Hazmat First Responder bertempat di Bilik Taiton, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak
Majlis telah disempurnakan oleh TPgB II Eddy Zulkifli bin Abdullah, mewakili Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak
Seramai 40 orang peserta telah menyertai kursus ini yang bertujuan memperkukuhkan pengetahuan, kemahiran serta kesiapsiagaan dalam pengurusan operasi dan tindak balas awal insiden bahan berbahaya (Hazmat).
Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam melaksanakan tugas dengan lebih cekap, profesional dan berintegriti demi keselamatan masyarakat.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta tenaga pengajar yang terlibat!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Majlis penutupan Latihan Pengukuhan Confined Space Agensi Luar

 
Majlis penutupan kursus telah berlangsung pada 13 Februari 2026 dan disempurnakan oleh TPgB II Eddy Zulkifli bin Abdullah, mewakili Komandan ABPM Wilayah Sarawak.
Latihan Pengukuhan Confined Space Agensi Luar telah dijalankan dari 11 hingga 13 Februari 2026.Seramai 15 peserta telah menyertai latihan ini yang bertujuan memperkukuhkan pengetahuan, kemahiran serta kesiapsiagaan dalam pengendalian operasi melibatkan ruang terkurung (confined space).
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam melaksanakan tugas dengan lebih cekap, profesional, dan berintegriti demi keselamatan masyarakat.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta tenaga pengajar yang terlibat!

Majlis Penutupan Pertandingan Badminton 3 on 3 Piala Komandan

Majlis Penutupan Pertandingan Badminton 3 on 3 Piala Komandan
 
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Sarawak 2026
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah menyertai Pertandingan Badminton 3 on 3 Piala Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Sarawak bagi tahun 2026 yang telah berlangsung pada 7 hingga 8 Februari 2026 bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Sarawak.
Program ini bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat dan menyemarakkan semangat kesukanan, malah berjaya mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat berpasukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga akademi.
Majlis Penutupan ini telah dirasmikan oleh PgKB II Jesica Anak Sylvester Embuas, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak.
Tahniah kepada para pemenang dan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa, pegawai, peserta serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.
 
Semoga penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
 Sukan Memperkasa Jati Diri